Tawau, 17 Okt 2022 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat DUN Balung berjaya tarik perhatian warga Tawau dan meningkatkan kerinduan dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW. Hari Ahad yang lepas menyaksikan Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Al Ansar, Taman Sawit, Balung.
Kemeriahan dapat dirasai dengan perarakan yang disertai dari 17 kontinjen di Daerah Tawau. Sambutan tersebut disertai lebih daripada 500 peserta daripada pelbagai kontinjen. Program dimulakan dengan mendengarkan ucapan daripada Tetamu Kehormat iaitu YB Datuk Nizam dan ceramah daripada Ustaz Malai Ali kemudian diteruskan dengan aktiviti perarakan dan pertandingan sepanduk.
Perarakan dilakukan disekitar kawasan Taman Sawit. Sambutan ini juga mengadakan pertandingan sepanduk, terbuka kepada semua warga Tawau. Menurut Ustaz Mohd Hafiz Bin Mahmud, selaku juri pertandingan sepanduk, terdapat beberapa kriteria yang dinilai antaranya khat, reka bentuk, kekemasan dan warna, kekemasan khat rumi dan kesesuaian khat. Pemenang bagi pertandingan sepanduk ialah Kontinjen Masjid Al Amin, Batu 15, Apas.
Menurut Hj Muliadi, selaku wakil Jawatankuasa Penganjur Masjid Al Ansar, Taman Sawit Balung, antara tujuan utama penganjuran kali ini adalah untuk memartabatkan syiar islam di Tawau dan mengimarahkan sambutan maulidur rasul.
Tahniah diucapkan kepada pihak Masjid Al Ansar, Taman Sawit, Balung atas pelaksanaan program sambutan kali ini.