Tawau – Sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah yang diketuai oleh ASP Asran Bin Julkarnain, telah membuat serbuan di kawasan Wakuba melalui maklumat yang diterima dari orang awam berkaitan aktiviti dadah.
Serbuan telah dibuat di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan Wakuba dimana seorang lelaki warga emas berumur 63 tahun telah ditahan dan pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut menjumpai (32) peket plastik yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.86 gram.
Suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
ACP Jasmin Bin Hussin berkata, “Polis Tawau kini semakin giat menjalankan serbuan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai tempat penagihan.”
Beliau juga menyeru agar orang awam bekerjasama dengan pihak polis dalam membantu menyalurkan sebarang maklumat tidak kira apa juga kesalahan jenayah yg berlaku.
Sumber: Polis Daerah Tawau