Calon Melayu Di Parlimen Tawau Pupus?

Pada pilihanraya umum ke-14, DUA calon Melayu turut bertanding pada kerusi P190 Tawau iaitu Mohamad Husain daripada Parti PAS dan Alizaman Jijurahman daripada PHRS. Masing-masing telah mendapat undian 2,518 dan 2,162 iaitu sekitar 5 % daripada jumlah undi sah, 42,753.

Pada PRU-15 kali ini pula, kita bakal menyaksikan DUA lagi calon Melayu yang bakal berentap memberi saingan kepada calon-calon lain yang bertanding di P190. Salleh Bacho daripada Parti Bebas dan Herman Amdas daripada Parti Pejuang adalah calon Melayu yang bertanding bagi kerusi Parlimen Tawau pada PRU kali ini.

Satu kejutan apabila dua nama ini diumumkan menjadi calon kerana sebelum hari penamaan calon, tidak ada khabar angin mengenai penglibatan mereka. Namun dalam politik, segalanya tidak mustahil. DUA calon ini menjalankan kempen mereka secara sederhana samada di media sosial mahupun fizikal. Tetapi semangat mereka dalam membawa perjuangan Melayu harus diberikan pujian dan penghargaan.

Meskipun PRU kali ini mungkin mereka bukan calon yang diberikan tumpuan untuk mendapatkan kerusi Parlimen Tawau, sekurang-kurangnya daerah ini masih mempunyai calon Melayu yang berani kehadapan untuk menyahut cabaran. Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua calon ini, semoga sentiasa berkhidmat untuk masyarakat walau apa pun keputusan pilihanraya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *