JKDM Zon Sabah Gagalkan Penyeludupan Rokok dan Minuman Keras

13 & 14 Disember 2022 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti yang melibatkan penyeludupan barang larangan. Baru-baru ini, sepasukan anggota daripada Cawangan Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar, Cawangan Import Eksport Pelabuhan Tawau, Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu, Cawangan Penguatkuasaan JKDM Tawau dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA), dalam Khas Bersepadu Meningkatkan Hasil telah berjaya menahan empat (4) buah kontena berisi rokok dan minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan anggaran nilai RM 1,147,009.28, manakala anggaran jumlah nilai duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM 7,914,747.24.

 

May be an image of 7 people and text that says "MSKU 9779108 45G1 * MAE BEACON MAERSK BMOU 408 45G MAERS SZAM CRYSTAL Tíger Tíger"

Sehubungan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

May be an image of 5 people and people standing

JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

Sumber: Fb JKDM Zon Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *