Tawau – Lelaki, seorang warga asing dicekup oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah berpandukan daripada maklumat orang awam.
Ketika Polis menghampir sebuah rumah kosong yang sedang dalam pembaikan, kelihatan seorang lelaki mencurigakan sedang berdiri. Apabila dihampiri, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.
Pemeriksaan tubuh badan suspek tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah namun suspek mengaku telah terlibat dengan kes pecah rumah di kawasan Bandar Sri Indah dan suspek juga menyerahkan barangan kemas yang dicuri.
Suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau