Kali ini min akan kongsikan kepada anda cerita inspirasi perniagaan yang dibangunkan oleh anak muda berumur 25 tahun pemilik Kedai Kofigo Tawau.
Setiap kali pergi ke Pasar Malam Chester, mesti kamu perasaan ada sebuah gerai yang menjual kopi yang penjualnya kebanyakan anak-anak muda. Gerai tersebut diberi nama Kofigo. Kini nama atau brand Kofigo mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Tawau. Mari kita baca cerita di sebalik brand Kofigo Tawau ini.
Pemilik Kofigo
Siapa sangka pemilik Kofigo ini merupakan anak muda yang baru berumur 25 Tahun. Nama diberi Muhamad Mark Feberis. Mark mendapat pendidikan awal di SJK C Yukchin. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kuhara Tawau.
Background anak muda ini dulu adalah bekerja sebagai Jurujual di Coway Malaysia. Keinginannya ingin memulakan perniagaan, tapi belum ada modal & pada masa yang sama Mark pun sedang melanjutkan pelajaran secara pendidikan jarah jauh dalam bidang UITM (Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan). Pilihan yang sangat tepat waktuitu adalah dengan menjual produk orang atau jenama lain dengan permulaan kos yang rendah tapi keuntungan margin adalah sangat tinggi. Selama 4 tahun setengah berada di Coway. Coway banyak memberi tunjuk ajar dalam menjual & “after sales service”.
Mark seorang yang pemalu tapi perasaan malu takkan mampu bayar semua komitmen jelasnya. Dalam berniaga di Coway mengajarkan Mark, tanpa kerja keras, tidak akan ada hasilnya & kena juga bekerja dengan cara “Henyak sampai lunyai”, kena hujan panas & waktu tu kenderaan Mark hanyalah motor untuk berjumpa dengan customer. Menurut Mark kita kena juga berserah sepenuhnya kepada Allah sebab Allah maha memberi. Allah yang gerakkan hati customer untuk membeli dengan kita. Sampailah hari ni beliau berpegang kepada ayat tu. Semuanya Allah sudah aturkan, tinggal ikhtiar & minta kepada Allah seja. So adik” atau abang” yang mahu berniaga tanpa modal. Boleh cuba berniaga produk jenama orang lain sebab kos untung rugi adalah sedikit & untung margin pun besar.
Idea Asal Kofigo
Sebenarnya, permulaan idea sewaktu Mark dan rakannya pergi ke Semenanjung & cuba lihat apa model perniagaan yang boleh dibawa masuk ke Sabah especially Tawau dan waktu itu Kopi pun tengah “hype”. Dari situ Mark menggunakan kopi jenis “Robusta” @ Kopi Kampung untuk digunakan dalam perniagaan. Terbentuknya brand KOFIGO ni hasil daripada perbincangan bersama rakannya , iaitu Mohd Syahreez Bin salim merupakan pemilik kepada The kazen. Syahreez juga yang banyak memeras otak dalam memberikan idea. Ramai yang bertanya kenapa nama KOFIGO? Sebenarnya bentuk perniagaan adalah lebih kepada “Grab & Go” konsep ataupun take away.
Baca juga: Kisah Inspirasi Pemilik Es Kocok Tawau
Pasar Malam Chester & Kiosk Kofigo
Kedai kofigo sehari boleh menjual sekitar 60 – 90 cup sehari bergantung kepada hari gaji atau perayaan atau pelancaran menu baru atau promo KOFIGO. Untuk Kiosk, Kofirista KOFIGO sekarang ada 2 , satu shift tengah hari & satu shift petang.
Manakala di chester ada dua orang KOFIRISTA sambilan.
Pengalaman Susah Senang
Permulaan untuk memperkenalkan Kofigo adalah di Sabindo Plaza Bazaar Ramadan. Waktu tu beliau masih lagi buat Coway & belum ada pengalaman langsung dalam bidang Food & Beaverages. Tapi beliau beranikan diri juga terjun dalam bidang F&B.
Idea untuk memperkenalkan di waktu bazaar adalah disebabkan traffic customer sangat tinggi, potensi customer untuk ingat dan cuba produk KOFIGO sangat besar. Menu dan resipi pula banyak dibantu oleh Founder The Kazen Mohd Syahreez. Beliau pun sebenarnya bermula dari bidang Degree in Mechanical Enginering & belajar di UTM, Skudai Johor. Mark menjadikan Syahreez sebagai sifu dan idola dalam perniagaan bidang F&B. Siapa sangka dengan menjual produk orang lain, Mark dapat kumpul duit untuk membuka perniagaannya sendiri.
Selepas di bazaar, Mark berfikir untuk teruskan KOFIGO ni di Pasar Malam Chester Night Market untuk terus bina brand ni sampai KOFIGO kekal di fikiran Customer. Setelah 7 bulan menjual di pasar malam, akhirnya Mark membuat keputusan untuk cari kedai kecil berkonsepkan “Grab & Go”. Jadi sekarang ni, KOFIGO sudah bertapak di Bangunan Empire bersebelahan tapak Empire foodcourt.
Menu Famous Kofigo
Menu famous KOFIGO yang terkini adalah Kofi Nutella, Menu Kofi yang berisikan Nutella memang mendapat sambutan yang mengalakkan sebab Menu ini antara satu menu yang unik dengan campuran Kopi Kampung + Susu berkrim.
Visi dan Misi Kofigo
Visi KOFIGO adalah untuk menjadi top brand in Sabah & Seterusnya memperkenalkan Brand KOFIGO ni di semenanjung Malaysia.
Manakala misi Kofigo ke depan adalah untuk membuka program rakan niaga khas kepada anak muda yang mahu berniaga & juga membuka banyak cawangan di Sabah. Seterusnya juga memberi peluang pekerjaan.
“semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anak muda yang mahu mulakan atau yang sedang berjuang dalam dunia perniagaan. Tiada kerja yang senang dalam dunia ni, yang penting kena berani, usaha & berharap kepada Allah selalu sebab sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah bakal milik kita, seberat apa pun jalan nya tetap akan menjadi milik kita. Sesuatu yang tidak ditetapkan oleh Allah menjadi milik kita, semudah apa pun jalannya akan tidak menjadi milik kita.”
Muhamad Mark Feberis
-Pemilik KOFIGO Tawau-
Semoga kisah pemilik Kofigo Tawau ini akan mencetuskan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana untuk menceburi bidang perniagaan. Semoga terus terbang tinggi dengan membawa brand lokal Kofigo ke peringkat global!