Satu sesi suaikenal dan ramah mesra telah diadakan di antara SM Azwan Bin Petrus, Ketua Polis Balai Bombalai bersama-sama dengan pengurus ladang dan penyelia kanan Polis Bantuan Sime Darby Bombalai.
Semasa perjumpaan, pengurus ladang serta penyelia dan juga Polis Bantuan Sime Darby didedahkan berkenaan aspek keselamatan di tempat kerja dan kawasan tempat tinggal agar mereka lebih peka terhadap pelbagai kejadian jenayah yang mungkin terjadi.
Program ini juga menjadi medium bagi bertukar pandangan di antara pihak pengurusan ladang, Polis Bantuan Sime Darby dan Polis Diraja Malaysia dan meningkatkan Esprit De Corps terutama bagi menbanteras dan juga pencegahan jenayah.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau