Program Kursus Additive Makanan Anjuran F&B Pantai Timur Tawau

Program Kursus Additive Makanan (Advance) telah dianjurkan oleh Ketua Pengerusi F&B Pantai Timur Tawau Tuan Rozekin dan Timbalan F&B Pantai Timur Tawau Puan Norlala.

Turut hadir juga mentor dan selaku Penasihat F&B Pantai Timur Tawau Tuan Proferssor Doktor Kenny Ang @ Fazli Ang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hamild Awang Adun N67 Balung.

Paling menarik, kursus ini juga dihadiri oleh para Usahawan Pantai Timur seperti dari Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Kursus ini berlangsung selama dua hari iaitu 4 dan 5 Februari 2023 bertempat di Borneo Royale Hotel.

Pelbagai perkongsian ilmu yang bermanfaat dikongsikan kepada para usahawan yang hadir ke Program kursus ini.

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat dan dapat untuk membangunkan perniagaan masing-masing tdak kiralah apa juga bentuk perniagaan yang dijalankan.

Terus sukses para peniaga Pantai Timur Tawau.

Sumber: Fb F&B Pantai Timur Tawau

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *