Awas Penyakit Darah Tinggi Dan Kencing Manis Di Usia Muda!

Diserang penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis di usia yang muda pastinya tidak diinginkan oleh setiap orang manusia. Namun begitu, tahukah anda penyakit-penyakit sebenarnya boleh menyerang anda tidak kira umur muda mahupun tua. Penyakit ini menyerang disebabkan beberapa faktor

Kami kongsikan jenis penyakit yang menyerang di usia muda perkongsian daripada Dr Nasa daripada Klinik Butiza Tawau.

penyakit darah tinggi

Buah Pinggang

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Nasa, beliau berkongsi  buah pinggang ini bukan hanya menyerang golongan tua. Tapi penyakit ini juga menyerang mereka golongan muda yang berumur 20 ke 30 ke atas. Fuh. Seram. Antara factor yang menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik sehingga perlu untuk dicuci atau dialisis ialah darah tinggi, kencing manis dan penyakit kolestrol.

Tiga serangkai ini merupakan permulaan kepada segala jenis penyakit yang menyerang manusia. Oleh itu, nasihat Dr Nasa untuk mengelakkan buah pinggang, kita perlulah untuk sentiasa menjaga pemakanan dan mengurangkan aktiviti merokok.

Darah Tinggi

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Tekanan darah tinggi adalah penyakit biasa di mana darah mengalir melalui saluran darah (arteri) pada tekanan yang lebih tinggi daripada normal. Bacaan tekanan darah anda didapati secara berterusan 140/90, atau lebih tinggi, selama beberapa minggu.

Darah tinggi boleh untuk menjadi punca kepada penyakit buah pinggang dan jantung. Sekiranya darah tinggi tidak terkawal, boleh menyebabkan penyakit buah pinggang akan bertambah teruk.

Kadang, ada kes darah tinggi yang tidak terkawal sehingga menyebabkan penyakit buah pinggang stage 5. Apabila buah pinggang berada dalam keadaan yang teruk, maka rawatan dialisis atau mencuci buah pinggang perlu dilakukan.

Antara rawatan awal boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai  darah tinggi ialah mendapatkan nasihat daripada doctor terlebih dahulu. Tidak kiralah di hospital kerajaan mahupun di klinik swasta. Untuk mengawal penyakit darah tinggi, anda akan makan ubat darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah. Jadi berhati-hati dan sentiasalah semak kesihatan daripada semasa ke semasa.

 

Kencing Manis

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berlaku kerana sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

Antara faktor yang menyebabkan kencing manis ialah pengambilan makanan dan minuman bergula yang tinggi dan pemakanan yang tidak teratur.

Oleh itu cara untuk mengelakkan penyakit kencing manis yang disarankan oleh Dr Nasa adalah dengan menjaga pemakanan dalam kehidupan seharian. Lebihkan makanan berbentuk sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan jenis berlemak. Jangan lupa juga untuk bersukan sekurang-kurangnya 2 ke 3 hari dalam seminggu.

Baca juga: Awas penyakit kencing manis

Sentiasalah kita menjaga kesihatan tubuh badan kita. Jangan disebabkan kita muda, kita berfikiran kita susah dan lambat untuk dapat penyakit. Tapi sebenarnya penyakit itu boleh menyerang kita dengan sangat cepat dan mudah sekiranya kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Semoga kita terus sihat dan berjaga-jaga mengelakkan sebarang jenis penyakit.

Jangan lupa follow page facebook Klinik Butiza Tawau untuk dapatkan perkongsian kesihatan yang terkini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *