Fenomena Sinaran Senjakala Di Tawau

Sinaran Senjakala merupakan fenomena yang berlaku dan disaksikan oleh warga Tawau pada waktu senja semalam. Peristiwa ini cukup cantik dan ramai warga Tawau yang sempat untuk mengambil gambar sewaktu menyaksikan fenomena ini.

Bilang orang healing sambil tengok senja. Kalau kena-kena kopi sambil layan senja lagi perghh mantap.

Kami kongsikan kepada anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan fenomena Sinaran Senjakala.

Fenomena Sinaran Senjakala

Sinaran Krepuskular atau lebih dikenali sebagai Sinaran Senjakala merupakan satu fenomena alam yang berlaku ketika cahaya matahari kelihatan memancar dari satu titik di langit.

Sinaran Senjakala ini kebiasannya terjadi apabila cahaya matahari menembusi celahan di antara awan atau pokok.

Fenomena ini berlaku kebiasannya pada waktu terbit dan tenggelamnya matahari.

Istilah perkataan “krepuskular” berasal daripada bahasa Latin iaitu Crepusculum yang membawa maksud senjakala.

 

Gambar Perkongsian Warga Tawau

Senja selalu sama tidak menjanjikan apa-apa kecuali indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *