Bazar ramadhan Tawau sudah tidak asing lagi bagi setiap warga Tawau. Setiap tahun, pastinya ada dua lokasi tumpuan bazar Ramadhan yang selalu saja dikunjungi oleh warga Tawau sebelum waktu berbuka puasa tiba.
Terdapat banyak makanan dan minuman juadah berbuka puasa yang dijual oleh para peniaga di Tawau yang sangat sedap dan mengiurkan. Kadang orang pegi bazar bukan untuk berbelanja, tapi sekadar ingin merasakan suasana bazar yang cuma datang cuma sekali dalam setiap tahun.
Kami kongsikan kepada anda lokasi bazar Ramadhan Tawau.
Bazar Ramadhan Sabindo Plaza
Ini merupakan lokasi utama yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun oleh para peniaga dan juga warga Tawau. Apa tidaknya, lokasi yang strategik berada di tengah-tengah bandar pastinya tempat tumpuan warga Tawau untuk membeli makanan berbuka puasa.
Para peniaga juga berlumba-lumba untuk mendapatkan tapak di bazar Ramadhan Sabindo untuk berniaga. Siapa cepat, dialah dapat.
Pokoknya ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh para peniaga di bazar ini. Daripada makanan tradisionalnya, makanan modennya dan makanan viral. Pokoknya semua ada. Fuh.
Yang bestnya, lepas membeli di Bazar Ramadhan Sabindo ni, kadang warga Tawau akan berbuka puasa ramai-ramai di depan MPT dan di highway Tawau. Bilang orang buka puasa sambil healing bah tengok sunset di highway. Dengar bunyi ombak lagi. Pergh auto healing.
Paling penting, lepas berbuka di highway boleh solat jemaah maghrib, Isyak dan terawih di Masjid Al Khauthar Tawau.
Jangn lupa kutip dan buang sampah kamu ah kalau kamu habis berbuka di Highway Tawau.
Bazar Fujimart Tawau
Bazar Fujimart Tawau merupakan bazar kedua terbesar yang dibuka di Tawau. Lokasi terletak di Fujimart Tawau. Sini pun boleh dikatakan sebagai bazar yang terlama dan ditunggu-tunggu juga oleh warga Tawau tiap-tiap tahun. Bazar Fujimart ni pun meriah juga dengan kehadiran pengunjung yang datang dan membeli makanan berbuka puasa.
Ramai juga peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di sini. Pokoknya meriah juga macam meriah di Bazar Ramadhan Sabindo Plaza.
Jangan lupa untuk support peniaga-peniaga Tawau yang berjualan di bazar ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan memberikan 1001 hikmah dan manfaat untuk kita semua. Amin.