Isu Penahanan 5 Pegawai Imigresen Sabah Oleh SPRM

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan penahanan 5 orang pegawai Jabatan Imigresen Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 MAC 2023 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan PATI.

Serahkan Kepada SPRM Untuk Siasatan

Jabatan ini menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

Tindakan Hukuman Serius Jika Terbukti Bersalah

Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai Jabatan ini sentiasa berada di tahap maksimum. Pelbagai program telah dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai imigresen.

Selain daripada itu, Jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bertarikh 23 Mac 2023.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *