Makanan ‘Plastik Hitam’ Dijumpa Dalam Tandas & Mesin Basuh

Tindakan seorang peniaga yang menyembunyikan ‘plastik hitam’ lauk di dalam tandas dan nasi bungkus di dalam mesin basuh akhirnya ketahuan hasil operasi cegah orang tidak berpuasa yang dijalankan oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok.

Peniaga tersebut disyaki menjual makanan yang sudah dimasak kepada mereka yang tidak berpuasa.

 

20 Nasi Bungkus Berlauk Ayam & Teh O Ais Dirampas

Melalui operasi cegah orang tidak berpuasa ini, sebanyak 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama dengan teh o ais berjaya dirampas.

Menurut laporan Harian Metro, operasi ini dilakukan hasil pemantauan dan juga aduan daripada orang awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada mereka yang tidak berpuasa.

Teh o ais ditemui di dalam bilik tidur manakala bungkusan nasi ayam yang lain dijumpa di dalam mesin basuh dan ayam perapan di dalam tandas.

 

Jual Makanan Dari Rumah

Wanita tersebut memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa.

Dalam operasi tersebut, tiada tangkapa dibuat kerana para pembeli sempat untuk melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Peniaga wanita ini juga dipanggil untuk diberikan kaunseling supaya tidak mejual makanan pada waktu pagi sepanjang bulan ramadhan ini.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *