Akibat masalah teknikal paparan jam digital azan di masjid, Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan Kedah mengaku kesilapan yang dilakukan melaungkan azan maghrib dua minit awal sebelum masuk waktu berbuka sebenar pada 30 Mac lalu.
Pengerusi Masjid Minta Maaf
Pengerusi Masjid tersebut, meminta maaf di atas insiden yang tidak disengajakan disebabkan kesilapan teknikal.
Puasa Batal Dan Perlu Diganti
“Semua para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, diharap semua maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.
Menurut daripada pandangan Jumhur Ulama kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, puasa tersebut batal dan wajib untuk diqada.
Sumber: Astro Awani