Berkaca Air Mata, Terlepas Penerbangan Balik Sabah.

Melalui akaun tiktok @abbywhooo, wanita ini berhasrat untuk balik ke Sabah tetapi terlepas penerbangan setelah transit ke KLIA.

Menurut pemilik akaun tiktok ini, kebiasaannya, dia akan balik ke Sabah melalui “Direct Flight” dari Penang ke Sabah, tetapi kali ini, disebabkan semua tiket penerbangan telah habis dijual, dia terpaksa membeli tiket yang memerlukannya untuk “transit” ke KLIA.

Namun apa yang berlaku adalah penerbangan dari Penang Ke KLIA telahpun “delay” dan menyebabkan dia terlepas penerbangan seterusnya untuk balik ke Sabah.

Dikhabarkan harga tiket bagi penerbangan tersebut berjumlah lebih kurang RM800 untuk perjalanan pulang balik, tetapi disebabkan terlepas penerbangan ini, dia perlu membuat pembelian tiket baharu yang mencecah harga RM1000 dan keatas.

Dam didalam video ini, part yang paling, mengharukan adalah bilamana melihat respond ibu kepada beliau iaitu ‘Jangan Stress2, duit bila2 boleh cari, yang penting kamu selamat sampai’.

Lihat video ini :


https://vt.tiktok.com/ZS8WQ3GSM/

Kisah pilu ini pasti pernah dirasai oleh segelintir anak perantau untuk balik ke kampung halaman terutama pada musim-musim perayaan. Harga tiket penerbangan yang mencecah ribuan ringgit untuk balik ke Sabah pastinya menjadi beban apabila musim perayaan. Pernah mengalaminya? Kongsikan cerita anda diruangan komen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *