Seorang ketua kampung di Kampung Kinabutan Batu 5 1/2 Jalan Apas mengeluarkan notis larangan bermain mercun di kawasan kampung.
Surat tersebut telah tular di media sosial facebook dan mendapat perhatian para netizen.
Larangan Bermain Mercun Di Kawasan Kampung
Menerusi perkongsian notis tersebut, ketua kampung memaklumkan kepada para penduduk Kampung Kinabutan Batu 5 1/2 Jalan Apas supaya tidak bermain mercun sewaktu sebelum dan selepas solat Terawih.
Tinadakan kepada berwajib akan diambil sekiranya masih ada penduduk kampung yang masih bermain mercun di bulan Ramadhan ini.
Kerjasama penduduk-penduduk kampung amatlah diharapkan agar dapat menasihati anak-anak agar tidak bermain mercun lagi di Bulan Ramadhan ini
Komen Netizen
Para netizen berbagi pendapat ada yang kurang setuju dengan tindakan Ketua Kampung dan ada juga yang setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Kampung.
Mereka bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Kampung disebabkan risau dengan keadaan yang akan menimpa dengan anak-anak sekiranya mereka bermain mercun dan cedera.
Ada juga yang setuju kerana budak-budak bermain mercun sewaktu terawih dan ini menganggu para jemaah untuk menunaikan solat terawih.
Apa pun keputusannya, Ketua Kampung cuma menjalankan tugas dan tanggungjawabnya supaya tidak ada anak-anak cedera bermain mercun dan menganggu ketenteraman penduduk sekitar.