Pelantikan 24 Ahli Majlis MPT, Perantara MPT dan Masyarakat

Ahli-ahli Majlis yang telah dilantik perlu memberikan sepenuh komitmen kepada tugasan baharu mereka dengan membantu Presiden dalam melaksanakan segala gerak kerja dan agenda perancangan kelak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam hadir menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau yang diadakan di Dewan Sri Tawau, kelmarin.

Beliau menyatakan bahawasanya Ahli-ahli Majlis dan PBT perlu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagai kerajaan ketiga dalam struktur pentadbiran kerajaan,”.

Didalam majlis tersebut, beliau juga menegaskan, lantikan ini bukanlah satu keistimewaan malahan ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang penting untuk membantu penduduk di daerah Tawau.

“Pelantikan ini juga bukanlah sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan diri sendiri, rakan-rakan ataupun ahli keluarga masing-masing. Malahan, tanggungjawab dan amanah semua ahli adalah berat dan sangat penting untuk masa depan daerah Tawau.” katanya lagi.

Turut hadir bersama ialah Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild @Hamid Hj. Awang; ADUN Kukusan merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Rina Jainal; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang dan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian, Faridah Giau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *