Dua orang lelaki ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan dalam kes kecurian sarang burung layang-layang di Tawau.
Serbuan Dilakukan Di Sebuah Rumah
Serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Iban, Merotai Besar oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai.
Mereka berjaya memberkas seorang lelaki berikutan laporan daripada orang awam yang mngatakan bahawa sarang burung miliknya telah hilang disyaki dicuri.
Rakan Subahat Suspek
Suspek dipercayai dibantu oleh rakannya yang tinggal tidak jauh dari penempatannya.
Hasil pandu arah oleh suspek, rakan subahatnya juga berjaya diberkas tidak lama kemudian. Kedua-dua suspek kemudiannya di bawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau