Bayar setiap saman serendah RM50?
Betul, tawaran ini telah diberikan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik melalui media sosial mereka.
Saman trafik PDRM ini hanya terpakai untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya,
Setiap saman boleh dibayar hanya serendah RM50.
Pengumuman Oleh Perdana Menteri
Baru-baru ini YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Tarikh Bayaran Kadar Khas Saman
Bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.
Cara Bayar Saman
Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka melalui saluran berikut :
i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
Melalui Aplikasi MyBayar Saman
Jangan lepaskan peluang ini! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – mybayar.rmp.gov.my