12 kes Covid-19 subvarian XBB.1.16 (Arcturus) telah dikesan dan dilaporkan di Malaysia. Semua kes bergejala ringan dan stabil.
Dikesan di 31 Buah Negara Seluruh Dunia
Menurut laporan, sehingga 2 April lalu subvarian ini dikesan di sekurang-kurangnya 31 buah negara di seluruh dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskan subvarian ini sebagai Variant of Interest sejak 17 April lalu.
Subvarian ini terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75.
12 Kes Dikesan Di Malaysia
Menurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor dan dua lagi di Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan kes Covid-19 terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemilogi (ME) 16/2023 telah menurun sebanyak 6.4% iaitu daripada 5,149 kes kepada 4,817 kes berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada ME 15/2023.
“Walaupun Malaysia telah mengenal pasti varian XBB.1.1.16 sejak bulan Mac 2023 keadaan jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital,” jelasnya.
Sehingga kini 70.97% (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 adalah dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) jenis varian Omicron dan subvariannya.
Sumber: Malaysiagazette.com