Rasai Pengalaman Menunaikan Haji, Haji Cilik Bakal Diteruskan

Dengan penyertaan hampir 350 peserta yang datang daripada pendaftaran persendirian dan tadika-tadika jemputan, program yang berlangsung pagi tadi berjalan dengan lancar.

Program yang bermula sekitar pukul 7.30 pagi itu, menyaksikan para peserta diberikan peluang merasai sendiri pengalaman menunaikan haji. Beberapa stesen diwujudkan dengan aktiviti penerangan dan aktiviti berkaitan diadakan bagi membolehkan para peserta mendapat pengalaman seakan menunaikan haji yang sebenar.

Menurut Pengarah Program kali ini, iaitu Tuan Zulkiflie Matan (gambar kiri diatas), program ini bakal diadakan untuk siri yang seterusnya setelah melihat sambutan yang hangat daripada para peserta di Daerah Tawau. Tarikh program bagi siri yang seterusnya bakal diketahui kelak.

Program ini telahpun diadakan bermula 2017 sehingga sekarang yang telah mencapai siri ke-8 bagi pelaksanaannya, perkara itu dimaklumkan oleh Ustaz Aripa Bini Andi Pandi (gambar kanan diatas) selaku Ketua Mutawif bagi program kali ini. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat kali ini. Tambahnya lagi, tujuan program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada ibadah haji bagi kanak-kanak.

Majlis ini disempurnakan oleh Haji Khalid, Pengerusi Masjid Al Kauthar Tawau setelah selesai simulasi haji cilik berlangsung. Semoga program sebegini dapat dianjurkan dengan lebih banyak lagi dan mendapat sokongan daripada ramai pihak bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak berkenaan dengan ibadah haji.

Saksikan gelagat adik-adik yang menyertai program haji cilik kali ini di Facebook Live Tawaukini :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *