Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (JSPT) seluruh Kontinjen Sabah telah membuka kaunter diskaun saman sebanyak 30%.
Diskaun ini sempena Hari Awal Muharram 2023.
Tarikh & Waktu Bayaran
Bermula dari 27 – 29 Julai 2023 dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat Bayaran
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan seluruh Ibu Pejabat Polis daerah Sabah.
Diskaun Saman 30% Kecuali
Diskaun saman 30% untuk semua jenis saman KECUALI :-
1. Kemalangan
2. Saman NC (Non Compoundable)
3. Saman berstatus Op Selamat
4. Saman bicara mahkamah
5. Saman berkaitan kenderaan berat M/Lori
6. Saman kesalahan potong secara berbahaya / Potong Q
7. Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan
8. Saman tidak patuhi isyarat lampu merah
9. Saman kesalahan potong di garisan berkembar
10. Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan
Saman Luar Kontingen Sabah Turut Diberikan Diskaun
Selain itu, saman luar Kontinjen Sabah juga turut diberikan diskaun sebanyak 30% apabila bayaran dibuat di kaunter saman di JSPT IPD seluruh Kontinjen Sabah.
Bayaran Melalui Kaunter JSPT Sahaja
Kaedah pembayaran saman hanya diterima di kaunter sama JSPT sahaja dan segala transaksi melalui kaedah lain tidak akan diproses:
i) Aplikasi Mybayar Saman❌
ii) Mesin ATM Maybank seluruh negara❌
iii) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia❌
Tidak Menggunakan Khidmat Orang Tengah
Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan ” khidmat ” orang tengah” bagi sebarang urusan di kaunter Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi mengelakkan dikenakan caj berlebihan ataupun ditipu sebaliknya digalakkan berurusan secara langsung di kaunter pejabat JSPT.
Sumber: FB Polis Daerah Tawau