Hanya satu ujian teori untuk ambik lesen memandu kereta, motosikal

Bermula 15 September ini, mereka yang ingin mendapatkan lesen kereta atau motosikal hanya perlu mengikuti satu ujian teori sahaja.

Peraturan ini akan memberi penjimatan sebanyak RM100 kepada orang ramai.

Tidak Perlu Hadiri Kelas 6 Jam Untuk Lesen Lain

Mereka tidak perlu untuk menduduki satu lagi kelas enam jam untuk mendapatkan lesen lain.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan mengikut peraturan sedia ada, sesiapa yang ingin mendapatkan lesen motosikal dan lesen kereta perlu menduduki dua ujian teori.

Bermula 15 September 2023

Bermula 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada Lesen Memandu Malaysia kelas motosikal atau motokar dan ingin mendapatkan Lesen Memandu Malaysia dalam kelas yang berbeza dikecualikan daripada menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.

Contohnya apabila seseorang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar.

Namun begitu, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di Litar (KPP02) dan Praktikal di Jalan Raya (KPP03) secara berasingan apabil mengambil Lesen Memandu Malaysia motosikal dan motokar.

Jelas beliau lagi, individu terbabit hanya perlu memperbaharui semula Lesen Belajar Memandu (LDL) dan mendaftar di institut memandu untuk melengkapkan latihan serta ujian di peringkat KPP02 dan KPP03.

Syarat Kelayakan Umur Kekal

Syarat kelayakan umur bagi motosikal kekal pada usia 16 tahun ke atas manakal motokar kekal pada usia 17 tahun.

Pelaksanaan dasar baharu ini akan membantu menjimatkan kos pengambilan Lesen Memandu Malaysia sebanyak RM100.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *