Kembara Kenali Borneo bermula di Tawau

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo dan Santapan Malam di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah semalam.

kembara kenali borneo
Foto Ihsan: Istana Negara
kembara kenali borneo
Foto Ihsan: Istana Negara

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R M Jasni.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, Jemaah Menteri Kerajaan Sabah, dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, yang mewakili Premier Sarawak.

Turut berangkat bersama ialah paduka anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri llisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri llyana.

 

kembara kenali borne
Foto Ihsan: Istana Negara
kembara kenali borneo
Foto Ihsan: Istana Negara

Gimik pelancaran disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah bagi menandakan perasmian program pengembaraan selama 11 hari dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan kedua-dua negeri itu serta Brunei.

kembara kenali borne
Foto Ihsan: Istana Negara

Pelbagai persembahan kebudayaan dari pelbagai etnik oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah turut dipersembahkan.

kembara kenali borneo
Foto Ihsan: Istana Negara

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga berkenan melawat khemah pameran bagi industri kecil dan sederhana yang menunjukkan pelbagai produk jualan rakyat di daerah Tawau.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat meninggalkan majlis kira-kira jam 10.30 malam.

Kembara Kenali Borneo Bermula Di Tawau

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di bulatan OKM Padang Perbandaran Tawau, Sabah, pagi tadi.

kembara kenali borneo
Foto ihsan: Istana Negara

 

Acara pelepasan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.30 pagi.

Seri Paduka Baginda yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan.

kembara kenali borneo
Foto Ihsan: Istana Negara

Program Kembara Kenali Borneo ini sejauh 2,154 kilometer akan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo.

Mufti Kerajaan Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar terlebih dahulu membacakan doa bagi memohon keselmatan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda serta peserta konvoi.

Kembara Kenali Borneo ini berlangsung sehingga 13 September dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Sumber: FB Istana Negara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *