Tular di satu video Tiktok akaun Kedai Emas Okid Jaya tentang seorang wanita yang menjual kembali emas yang dimilikinya sejak tahun 2021.
Rantai Emas Mencecah RM7,142
Siapa sangka rantai emas yang dibeli pada tahun 2001 yang pada awalnya cuma bernilai RM1,800 sahaja kini mampu mencecah nilai terkini RM7,142.
Wanita tersebut kelihatan gembira dan terkejut dengan jumlah yang bakal diterima setelah menjual rantai emas miliknya.
Dia memperolehi keuntungan sebanyak RM5,342. Siapa sangka rantai emas tahun 2001 mampu mencecah angka keuntungan sebanyak itu.
Hantaran Kahwin Dulu
Rantai emas seberat 27.65g yang dibelinya pada tahun 2001 merupakan duit hantaran waktu ketika itu.
Tidak hairanlah kenapa orang-orang dulu lebih gemar menyimpan emas dan barang-barang antik.
Emas yang dismpan lama akan memberi keuntungan kerana nilainya yang tinggi.
Jadi kalau isteri atau keluarga kamu minta emas, jangan kasi lama. Belikanlah.
Siapa tahu akan dapat keuntungan macam wanita ini.
Kredit: Tiktok Akaun Kedai Emas Okid Jaya