Bermula November ini Fenomena El Nino diramalkan akan melanda negara dan menyebabkan cuaca panas dan kering sehingga Mac tahun depan.
Menurut Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Ambun Dindang berkata, kawasan timur sabah mula menunjukkan pengurangan jumlah purata hujan antara 20 sehingga 40 peratus bulan depan dan ia dijangka berterusan sehingga Disember.
Menurutnya lagi, seluruh Sabah akan mengalami pengurangan jumlah purata hujan antara 20 hingga 40 peratus mulai Januari depan.
Manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak akan menerima jumlah hujan yang rendah.
Tambahan lagi, cuaca panas dan kering dijangka bermula pada Mac 2024 yang berpotensi berlakunya gelombang haba.
Beliau menjelaskan ketika menjadi ahli panel Forum Iklim Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Waspada El Nino Hadapi Monsun Timur Laut’ yang diadakan secara dalam talian.
Forum anjuran METMalaysia itu dikendalikan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip selaku moderator.
Turut hadir dua panel iaitu Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dr Norlida Mohd Dom serta Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Benca Negara (NADMA), Nazaruddin Sharaai.
Sumber: malaysiagazette.com