Tawau, 2 Oktober 2023- Pengunjung yang hadir di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada malam Ahad lalu disajikan dengan pelbagai persembahan menarik. Program Malam Kemuncak Gelombang Berselawat ini dianjurkan oleh Persatuan Usahawan-Usahawan Tawau Pantai Timur Sabah.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut ialah persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani dan Tausiyah daripada Ust Nazran. Turut dimeriahkan dengan Persembahan Qasidah Kumpulan Qasidah daripada Masjid Az-Zaemah serta penampilan khas Ust Nabil Ahmad dan Mr Bie sebagai host dan penceramah jemputan.
Baca Juga : 10 Langkah Jaga Kesihatan Waktu Jerebu
Turut dimeriahkan dengan persembahan memanah daripada Persatuan Memanah Tawau dan persembahan silat daripada Akademi Silat Panji Alam. Sebelum program bermula, turut berlangsung persembahan daripada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Nasyid, Kompang, Bercerita, Hafazan dan lain-lain.
Walaupun hujan turun dengan lebat, tetapi pengunjung tetap kekal berada di dataran MPT untuk bersama dalam program kali ini. Dianggarkan lebih daripada 1000 pengunjung yang hadir pada malam tersebut.
Program ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Datuk Nizam Abu Bakar Titingan selaku Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas. Selain itu turut hadir ADUN Tanjung Batu iaitu Datuk Andy Suryady Bandy.
Pengerusi Penganjur, Pn Liana Friska Ramlee meluahkan rasa syukur atas sambutan yang diberikan oleh warga Tawau dalam sesi ucapannya. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai rakan penaja dalam menggerakkan program yang bermanfaat kepada masyarakat.
Gambar-gambar sempena Malam Kemuncak Gelombang Berselawat :
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini