Seorang imam dari Mahribi meninggal dunia selepas diserang sakit jantung kerana terkejut selepas jenazah yang ingin dikebumikan hidup semula.
Imam tersebut meninggal dunia di hospital selepas tidak dapat diselamatkan.
Menurut laman web lifeinsaudiarabia.net, jenazah yang hidup semula diumumkan meninggal dunia selepas jatuh tidak sedarkan diri di sebuah masjid sewaktu menunggu solat sunat Jumaat.
Pengesahan kematian lelaki tersebut juga sudah didaftarkan daripada pihak hospital.
Namun begitu, dia tersedar sebelum dikebumikan lalu menyebabkan tetamu yang datang menziarah termasuk imam yang akan menyempurnakan majlis pengebumiannya terkejut sebelum diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
Kejadian ini sangat pelik dan menyebabkan tetamu dan lelaki yang hidup semula menyempurnakan pengebumian imam tersebut.
Sumber: astroawani.com & lifeinsaudiarabi.net