Setakat jam 12 tengahari tadi, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) bagi daerah Tawau mencatatkan bacaan ipu sederhana iaitu 70.
Keadaan berkabus mula kelihatan di Tawau pada awal pagi dan berlarutan sehingga ke waktu tengahari tadi.
Bagi mereka yang mempunyai aktiviti luar, diharap anda boleh untuk mengurangkan aktiviti kerana keadaan yang tidak mengizinkan ketika ini.
Kami kongsikan kepada anda 10 langkah pencegahan jerebu yang boleh dilakukan waktu ini.
- Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh untuk meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
- Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100.
- Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (facemask) yang sesuai.
- Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan
- Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
- Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan
- Banyakkan minum airu kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari)
- Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
- sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
- Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
Sama-sama kita jaga kesihatan diri dan keluarga tercinta.
Kredit: bharian.com.my