Tawau, 19 Oktober – Pesta Tanglung Tawau 2023 yang diadakan di Padang SJK Yuk Chin Tawau telah mendapat sambutan meriah daripada pengunjung yang hadir. Pesta ini merupakan salah satu acara yang bertujuan untuk mempromosikan dan memelihara warisan budaya Cina di Sabah.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang pesta ini, antaranya pameran tanglung, jualan produk dan makanan tradisional Cina, persembahan seni dan kebudayaan Cina dan karnival permainan kanak-kanak. Pengunjung yang hadir disajikan dengan jualan makanan yang pelbagai. Disamping itu, pengunjung dapat melawati Pameran Tanglung yang beraneka jenis. Terdapat lebih kurang 30 tanglung dipamerkan ketika pesta itu berlangsung.
BACA JUGA : Serangan Israel Keatas Hospital Al Ahli, Satu Serangan Keji
Pesta ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, antaranya YB Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, YB Andy Suryady, Ahli Parlimen Kalabakan, YB Justin Wong, ADUN Sri Tanjong, dan Wakil Kedutaan Indonesia, Puan Hesti. Mereka telah memberikan ucapan penghargaan dan sokongan kepada penganjur dan peserta pesta ini. Sekaligus menekankan pentingnya keharmonian dan kesepaduan antara pelbagai kaum dan agama di Sabah.
https://www.facebook.com/TawauKini.18/posts/pfbid02szKZwx14bryrcvPETfUNnfyf1RW8KVxXNA3YWAbaCwBtG98S7iwWEHf5u6W698iUl
Pesta Tanglung Tawau 2023 telah berjaya menampilkan keindahan dan kepelbagaian budaya Cina di Sabah. Hal ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya Cina di kalangan masyarakat Sabah. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya. Hal ini supaya budaya Cina di Sabah dapat terus ditatapi dan dihargai oleh semua masyarakat berbilang kaum.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini