TAWAU, 17 Oktober 2023 : Karnival Sukan Kukusan yang berlangsung selama tiga hari telah mencapai matlamatnya untuk menggalakkan minat dan mencungkil bakat belia dalam bidang sukan.
Demikian kata YB Rina, ADUN Kukusan, ketika bertemu dengan media pada majlis penutupan Ahad lepas.
“Kami amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang telah memberikan sokongan padu kepada program ini.” ujarnya.
Beliau menambah, program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat dan luar kawasan.
“Kami telah menerima lebih daripada 1000 penyertaan daripada pelbagai kategori umur dan latar belakang. Daripada jumlah itu, lebih kurang 500 orang telah memenangi pertandingan yang dipertandingkan,” katanya.
Beliau juga berkata, program ini telah berjaya mengenal pasti banyak bakat baru dalam bidang sukan dan memberi dorongan kepada belia untuk terus berusaha dan berprestasi.
BACA JUGA : Pemberian Khas Interim Sabah, Sarawak naik RM300 juta
Karnival Sukan Kukusan telah menawarkan lebih daripada 15 sukan yang dipertandingkan, diantaranya Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Takraw, Gusti Lengan, Sukan Rakyat, Memanah dan pelbagai lagi jenis sukan.
Selain itu, program ini juga turut menampilkan program agama, autoshow dan pelbagai program menarik yang telah menarik minat ramai pengunjung. Diharapkan penganjuran ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini