Kuala Lumpur : Hari ini, lima ahli baru telah dilantik ke Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). Hal ini berdasarkan surat cara pelantikan yang diterima oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Pelantikan ini berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun. Pelantikan bermula dari 9 Oktober yang lalu hingga 8 Oktober 2026, berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara lima anggota baru JKMR termasuklah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar), Mohd Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), Lo Su Fui (GRS- Tawau), dan Young Syefura Othman (PH-Bentong).
Sebagai anggota JKMR, mereka diamanahkan untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri dalam hal-hal berkaitan dengan isu rasuah di negara ini. Tambahan, mereka juga akan memeriksa Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Baca Juga : Sekolah Terbengkalai Di Sabah
JKMR juga bertanggungjawab untuk menyiasat dan menilai ulasan dari Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengenai fungsi suruhanjaya ini di bawah Akta SPRM 2009 serta menyelidik Laporan Tahunan SPRM dan ulasan LPPR.
Majlis penyerahan surat cara pelantikan ini telah dijalankan oleh Anwar di Parlimen hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Azam Baki.
Sumber : Berita Harian
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini