Tawau, 18 November 2023 – Majlis graduasi pelajar tingkatan lima SMK Tawau telah berlangsung dengan meriah pada hari ini. Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha Politik kepada menteri kewangan negeri sabah merangkap ADUN N70 Kukusan, YB Rina, yang turut menyampaikan ucapan.
YB Rina mengucapkan tahniah kepada pengetua dan jawatankuasa sekolah atas usaha mereka dalam menjayakan majlis graduasi. Kehadirannya juga sebagai sokongan dan dorongan kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM.
Beliau mendorong pelajar berusaha gigih dalam SPM, menekankan pentingnya keputusan cemerlang untuk masa depan mereka dan negara.YB Rina juga menyentuh tentang peranan pendidikan yang telah berubah daripada sekadar menghafal fakta kepada mendidik pelajar sebagai warisan negara.
Baca Juga : Wajah Baharu Pasar Malam Chester
Sebagai tanda sumbangan dan penghargaan, YB Rina telah mengumumkan pemberian sebanyak RM10,000 kepada SMK Tawau untuk tahun hadapan. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu sekolah dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan.
Sebelum itu, pengetua SMK Tawau, En. Abd Majis Bin Hj. Saprin, turut memberi ucapan dorongan dan semangat kepada pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM. Turut dikongsikan kejayaan SMK Tawau yang telah memenangi Anugerah Khas. SMK Tawau telah dianugerahkan sebagai Sekolah Lonjakan Saujana di Peringkat Negeri Sabah dengan purata gred sekolah (GPS) sebanyak 3.65%.
Beliau juga tidak lupa menyebut tentang kejayaan sekolah dalam mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau berharap agar pelajar-pelajar dapat mengekalkan prestasi mereka dalam bidang-bidang lain selain akademik.
Majlis graduasi ini dihadiri oleh seramai 354 calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan depan. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar dan guru-guru.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini