Pertambahan Penduduk di PPR dan Masalah Tempat Letak Kenderaan Meningkat

tempat letak kenderaan

PENINGKATAN JUMLAH PENDUDUK PPR

Peningkatan jumlah penduduk dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah memberikan kesan yang ketara terhadap masalah kekurangan tempat letak kenderaan. Masalah parkir semakin merebak kerana peningkatan penduduk tanpa pertambahan infrastruktur tempat parkir yang bersesuaian. Hal ini telah menyebabkan cabaran yang ketara dalam kehidupan komuniti di kawasan tersebut.

tempat letak kenderaan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, PPR telah menjadi lokasi tumpuan untuk ramai keluarga miskin dan memerlukan bantuan dalam pemindahan dan penginapan. Walau bagaimanapun, kekurangan tempat parkir yang bersesuaian telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kekurangan ruang untuk penduduk meletakkan kenderaan.

KAWASAN PERSIARAN SEBAGAI TEMPAT LETAK KENDERAAN

Penduduk terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang terdekat dengan unit kediaman mereka, kadangkala menjadikan kawasan persiaran atau kawasan terbuka sebagai tempat meletak kenderaan. Ini tidak hanya mengakibatkan gangguan dalam kawasan tersebut, malah menyebabkan ketidaktenteraman di kalangan penduduk PPR.

Penambahbaikan dan penambahan tempat parkir perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa bagi menangani masalah ini. Dalam jangka panjang, tindakan ini akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, memperbaiki keadaan keseluruhan di kawasan PPR, dan memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di sana.

Perubahan ini perlu seiring dengan pertumbuhan penduduk di kawasan PPR. Diharapkan dengan langkah-langkah yang bersesuaian, masalah tempat letak kenderaan dapat diatasi dan kualiti hidup penduduk di PPR dapat ditingkatkan.

BACA JUGA : PROGRAM MENARA GADING TAWAU

CADANGAN PENYELESAIAN

Menerusi artikel yang pernah diterbitkan di Portal Majoriti, Profesor Dr. Jamalunlaili Abdullah iatu Dekan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur di UiTM Shah Alam, beliau yakin bahawa terdapat jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.

Beliau menyatakan bahawa penyediaan perumahan mampu milik berhampiran stesen transit seperti stesen LRT dan MRT. Perancangan ini dikenali sebagai Pembangunan Beorientasikan Transit (TOD). Hal ini dapat dijadikan sebagai antara kaedah yang paling berkesan dalam menangani isu keterhadan tempat letak kenderaan.

Hal ini kerana, dengan kemudahan stesen transit diwujudkan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kenderaan. Namun, cadangan ini adalah cadangan yang memerlukan perancangan yang rapi daripada pelbagai pihak.

Diharapkan semua penduduk yang berada di Projek Perumahan Rakyat tidak kira dimana sekalipun dapat bekerjasama dan saling bertoleransi dalam hal kekurangan tempat letak kenderaan ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *