KUALA LUMPUR – Lonjakan dramatik kes COVID-19 di Malaysia dengan hampir 21,000 kes dilaporkan. Laporan ini merangkumi tempoh seminggu bermula 10 sehingga 16 Disember. Peningkatan ini dicatatkan melalui maklumat yang dimuatnaik oleh Covid19Place di laman aplikasi X. Ianya menunjukkan jumlah kes aktif yang melonjak kepada 28,375 kes dalam tempoh tersebut.
Infografik yang sama memaparkan statistik kematian akibat COVID-19, di mana terdapat 28 kes kematian yang dicatatkan. Selangor setakat ini menjadi tempat yang mempunyai jumlah kes tertinggi dengan 6,449 kes kes positif. Di samping itu, 588 pesakit sedang dirawat di hospital, sementara 22 orang terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Tambahan pula, 14 kes memerlukan bantuan alat bantu pernafasan.
Terdahulu, pada minggu sebelumnya (3 hingga 9 Disember), jumlah kes yang dilaporkan adalah 12,757 kes dengan 11 kes kematian. Sehingga 2 Disember, kes baharu, kematian, dan kes aktif berada pada 6,796, enam, dan 15,327 kes. Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) semakin menggesa orang ramai untuk mengambil langkah proaktif dengan mengenakan pelitup muka, terutama pada masa musim cuti sekolah.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Selain itu, KKM menasihatkan individu yang menunjukkan simptom COVID-19 untuk mengelakkan 3C – kawasan sempit, sesak, dan berkomunikasi dalam jarak yang dekat. KKM juga sedang merangka arahan untuk pengambilan dos ketiga vaksin COVID-19, terutama untuk golongan berisiko tinggi, sejajar dengan peningkatan kes yang sedang berlaku.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini