Karnival Krismas Di Tawau : Memupuk Perpaduan dan Kerjasama Antarabangsa

TAWAU – Kemeriahan Karnival Krismas yang berlangsung di Tawau menyaksikan sambutan meriah daripada pelbagai bangsa dan kaum. Majlis penutupan ini dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk YB Hamild yang merupakan ADUN Balung bagi merasmikan acara tersebut.

Dalam temuramah bersama YB Hamild sebagai perasmi majlis penutupan, beliau menyuarakan kebanggaan dan penghargaan terhadap perpaduan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat Tawau. Beliau menekankan bahawa kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya terhadap program-program kemasyarakatan. Terutamanya program sebegini yang mampu menyatukan hati dan membentuk ukhwah di kalangan masyarakat berbilang kaum di Tawau.

Kehadiran pihak Konsulat Indonesia dalam program kali ini telah menaikkan imej acara tersebut. YB Hamild juga menyatakan harapannya agar kerjasama antara pihak konsulat Indonesia dan pihak berkuasa tempatan dapat diteruskan untuk menganjurkan lebih banyak program bersama. Hali ini dapat mempereratkan lagi hubungan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di daerah Tawau.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal

Kehadiran Ibu Heni Hamidah dari Konsulat Indonesia di Tawau turut menyemarakkan lagi program ini. Ibu Heni mengambil kesempatan untuk menyambut baik penganjuran Karnival Krismas sebagai satu platform untuk mempereratkan hubungan silaturahim antara Indonesia dan Malaysia. Ini merupakan langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan di peringkat antarabangsa serta melahirkan sinergi yang baik dalam kerjasama dan perkongsian di masa akan datang.

Majlis penutupan Karnival Krismas bukan sekadar menjadi perayaan semata-mata. Tetapi ia juga menjadi titik tolak dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat tempatan. Tambahan, program ini dapat memperluaskan lagi kerjasama dengan negara jiran, Indonesia. Semoga acara seperti ini akan terus menjadi medium yang membuka pintu kepada kesefahaman dan keharmonian di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, ekoran peningkatan kes Covid-19 YB Hamild turut menjelaskan bahawa kes COVID-19 yang semakin meningkat adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Beliau menasihati masyarakat untuk mematuhi dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memerangi penyebaran virus ini. Ini adalah langkah yang kritikal bagi menjaga keselamatan bersama serta melindungi kesejahteraan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *