Tawau – Kemeriahan perayaan Krismas telah mewarnai suasana di Dataran MPT Tawau ketika Karnival Krismas muncul sebagai simbol perpaduan dalam pelbagai kaum dan kepercayaan di Sabah. Acara istimewa ini telah disempurnakan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.
Dalam temu ramah dengan media, Datuk Nizam menyampaikan ucapan tahniah kepada Pejabat Parlimen Tawau. Hal ini dinyatakan atas kejayaan mengadakan Karnival Krismas di Tawau yang diiktiraf sebagai perhimpunan perayaan Krismas peringkat perbandaran Tawau.
Karnival Krismas di Tawau ini bukan sekadar perayaan Krismas, tetapi juga satu platform untuk menunjukkan kesatuan di antara masyarakat. Terutamanya di Negeri Sabah yang terdapat pelbagai etnik. Sifat toleransi dan penghargaan terhadap perbezaan adalah aspek penting yang mesti ditanamkan dalam masyarakat berbilang kaum terutamanya di Sabah.
Baca Juga : Meraikan Usahawahan Di Pantai Timur
“Walaupun hidup berbilang kaum dan agama tetapi apabila perayaan bagi sesuatu kaum diadakan, semua masyarakat pelbagai bangsa turun bersama meraikannya,” kata Datuk Nizam.
Pertunjukan kereta berhias, konsert lagu-lagu Krismas, dan hiasan suasana Krismas di Dataran MPT telah menarik perhatian ramai. Lebih daripada 10,000 pengunjung telah turut serta dalam karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Disember 2023 sehingga 12 Disember 2023.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini