Tawau – Pendidikan dan kemahiran telah menjadi tumpuan utama dalam membentuk generasi masa depan. Di tengah kepentingan ini, Kolej Komuniti Tawau menonjol sebagai tapak mempelajari dan mengasah kemahiran, termasuklah dalam program Kulinari, melalui Bangunan Cullinary Art yang terletak di Bandar Sri Indah.
Dengan kapasiti mampu menempatkan lebih kurang 60 pelajar, Bangunan Cullinary Art menjadi saksi kepada latihan berjenjang dalam dunia masakan. Pensyarah Kulinari, Encik Mohd Izham Bin Ishak, menekankan pentingnya pendedahan praktikal dan penerapan kemahiran di luar dewan kuliah.
Menurut Encik Izham, para pelajar diberi pendedahan yang luas, memungkinkan mereka menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk aktiviti di luar pengajaran, termasuk penjajaan makanan dan membuat tempahan perkahwinan.
Baca Juga : Kosmetik Beracun Notifikasi Dibatalkan
MANFAAT KEPADA ORANG AWAM
Kolej Komuniti Tawau juga menjadi institusi penting dalam menyediakan latihan dan kemahiran bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga orang awam. Menurut Encik Chang Vui Seng Wilson, Timbalan Pengarah Akademik, “Kolej ini menawarkan peluang bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga kepada orang awam yang ingin mempelajari kemahiran memasak”. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu program kendalian pelajar kulinari iaitu Program Lunch Buffet pada Selasa lepas. Program ini memberi peluang kepada orang awam untuk hadir merasakan sendiri masakan hasil tangan pelajar-pelajar disini.
KURSUS-KURSUS PENDEK YANG DITAWARKAN
Kolej Komuniti ini tidak hanya terhad kepada kursus panjang, tetapi juga menyediakan kursus-kursus pendek untuk orang awam yang berminat meningkatkan kemahiran dalam memasak. Kursusu ini bukan sahaja untuk kemahiran memasak, tetapi juga tersedia untuk kemahiran-kemahiran yang lain. Semangat memajukan kemahiran dan akademik melalui pendidikan merupakan salah satu kunci untuk pembangunan masyarakat setempat. Ini menunjukkan bahawa Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat melalui pendidikan dan kemahiran yang diajarkan.
Selain daripada Program Kulinari, terdapat juga program-program kemahiran yang lain yang boleh didapati melalui kolej ini. Untuk memohon kemasukan ke Kolej Komuniti, anda boleh menggunakan Aplikasi UPUOnline yang terdapat di laman web http://upu.moe.gov.my/. Tarikh permohonan dibuka setiap tahun dari bulan Januari hingga April (bergantung kepada sebarang pindaan).
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini