Putrajaya – KKM membatalkan notifikasi empat produk kosmetik kerana kandungan bahan beracun yang tak dibenarkan dijual di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, mengesahkan keempat-empat produk ini mempunyai bahan berbahaya.
Antara produk kosmetik beracun yang disenaraikan adalah Bestie Moisturizer Cream dan Abyra Seaweed Skin Care-Seaweed Cell Renewal Night Cream. Produk ini mengandungi merkuri. Manakala dua lagi, Gerbera Beauty-Treatment & Repairing Night Cream dan Gerbera Beauty-Whitening Night Cream. Produk ini dikesan mengandungi hydroquinone, tretinoin, dan betamethasone 17-valerate.
“Kandungan merkuri dan betamethasone 17-valerate dalam produk ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Merkuri boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan masalah kepada buah pinggang serta sistem saraf. Ini juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak dan bayi yang belum dilahirkan, serta menyebabkan ruam, iritasi, dan masalah kulit yang lain,” jelas Datuk Dr Muhammad Radzi.
Baca Juga : Lesen Memandu Kelas B2
Syarikat yang bertanggungjawab mungkin dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama dan RM100,000 bagi kesalahan berikutnya. “Pengguna produk ini dinasihatkan supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan sampingan,” tambahnya.
Dinasihatkan kepada orang awam yang menggunakan produk kosmetik ini untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini