KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Skim ini bermula dari 23 hingga 27 Disember bagi sambutan Krismas. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa SHMMP ini akan mengawal 14 jenis barang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Dalam Skim KPDN kawal harga ini, terdapat beberapa barangan yang tersenarai termasuklah harga daging kambing, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import dan lobak merah. Barangan lain pula yang termasuk ialah ubi kentang import, cili merah, bawang merah besar, bawang kuning besar, ayam tua hidup dan kepak ayam. Tambahan lagi babi hidup, daging babi (perut), dan daging babi (daging dan lemak) juga tersenarai dalam kawalan harga.
Menerusi SHMMP ini, harga daging kambing biri-biri bertulang import ditetapkan RM30 – RM34 sekilogram. Manakala harga tomato adalah RM6 – RM8 sekilogram. Begitu juga dengan harga lada benggala hijau, kubis bulat import, lobak merah, ubi kentang import dan cili merah. Selain itu, bawang merah besar dan bawang kuning besar juga menggunakan kawal harga yang sama. Harga ayam tua hidup, kepak ayam, dan babi hidup turut dikawal mengikut kawasan dan harga yang ditetapkan.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ini adalah sebahagian daripada langkah KPDN dalam mengawal harga semasa sambutan Krismas. Hal ini untuk memastikan pengguna mendapat harga yang adil dan terkawal. Skim KPDN Kawal Harga ini juga penting bagi memastikan semua barangan dapat diakses oleh pengguna dengan sebaiknya.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini