Kejutan Pahit Majlis Perkahwinan, Keluarga Rugi RM13,000

majlis perkahwinan

JEMPOL : Sebuah majlis perkahwinan yang dirancang dengan penuh ceria telah berubah menjadi kisah kecewa apabila syarikat katering yang ditempah tidak hadir. Hal ini meninggalkan keluarga pengantin dalam keadaan terdesak. Wakil keluarga, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, terpaksa memohon maaf kepada tetamu selepas mereka terpaksa menghadapi situasi tersebut dengan memasak sendiri untuk majlis perkahwinan adiknya.

“Kami tidak menjangka majlis ini akan menjadi mimpi ngeri,” katanya dengan rasa kesal. Sebagai abang kepada pengantin, dia mengetahui bahawa pihak katering tidak hadir selepas melihat ketiadaan persiapan yang dijangka di dewan majlis.

majlis perkahwinan

Majlis yang sepatutnya dirancang meriah dengan tempahan untuk 1,000 tetamu terpaksa berubah menjadi masakan seadanya. Hal ini berlaku apabila pihak katering yang ditempah tidak muncul. Walau cubaan berulang kali menghubungi mereka, tiada maklum balas.

Keluarga pengantin yang terdiri daripada sembilan beradik terpaksa mengambil keputusan serta-merta untuk masak sendiri. Walaupun usaha dilakukan, mereka hanya mampu menyediakan juadah untuk kira-kira 400 tetamu dengan lauk ayam gulai, sambal belacan, buah, dan ulam-ulaman. Mereka terpaksa mencari peralatan dan barang dapur sendiri bagi menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan yang diadakan di dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Kesedihan keluarga ini mendorong mereka membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh keluarga pengantin. Polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan terhadap syarikat katerer yang terlibat.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *