TAWAU – Hari yang penuh kebanggaan memenuhi Dewan SMK Titingan pagi ini dengan Majlis Graduasi. Program ini bertujuan memberikan dorongan hebat kepada para pelajar memasuki persiapan akhir untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba. Majlis yang dihadiri oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN N68 APAS, melambangkan komitmen pemimpin tempatan dalam menyokong pendidikan di kawasan ini.
Perasaan kegembiraan dan semangat belajar turut diserikan oleh pencapaian cemerlang SMK Titingan yang telah memperoleh pelbagai pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan. Terutamanya Anugerah Lonjakan Saujana Peringkat Negeri Sabah atas pencapaian gred purata yang tinggi pada SPM yang lepas. Prestasi gemilang ini memberi semangat kepada para pelajar dan staf untuk terus maju ke hadapan.
Kejayaan SMK Titingan sebelum ini, sebagai satu-satunya sekolah menengah di kawasan DUN APAS, mewakili tonggak kecemerlangan pendidikan dalam komuniti ini. Datuk Nizam, dalam temuramahnya, menyatakan bahawa diharapkan pencapaian ini bakal diteruskan. Kejayaan akan terhasil daripada komitmen bersama, terutama daripada pengurusan, guru-guru, pelajar, dan sokongan daripada pihak ibubapa.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal
Beliau turut menegaskan dalam ucapan perasmiannya bahawa, walaupun cuti sekolah bakal tiba, kesedaran akan kepentingan persiapan SPM perlu diutamakan. Beliau menyeru agar masa cuti sekolah digunakan dengan bijak, tidak hanya untuk berehat tetapi juga untuk memastikan persediaan kajian yang rapi dan efektif bagi menghadapi SPM.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini