KUCHING : Seorang remaja lelaki bernama Mohd Fakhrul Zaini, 15 tahun, dilaporkan hilang selepas disambar oleh seekor buaya di Sungai Samariang. Pada hari ini mayatnya telah ditemui di hilir sungai tersebut. Penemuan mayat oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu berlaku sekitar jam 11 pagi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat Fakhrul ditemui lebih kurang dua kilometer dari tempat dia diserang buaya semalam. Mayat serangan buaya tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk proses lanjutan dan pengesahan oleh keluarga pada jam 11.10 pagi.
Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 4 petang semalam ketika Fakhrul dan tiga rakan turun ke sungai untuk melepaskan jala yang tersangkut. Awalnya, Fakhrul memancing di tepi sungai manakala rakan-rakannya menjala. Ketika cuba melepaskan jala yang terperangkap, dia disambar buaya.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
JBPM Sarawak mencatat kejadian ini sebagai kes ketiga serangan buaya pada tahun ini, selepas kes di Oya, Dalat, dan Skrang di Betong. Dalam tempoh dari 2018 hingga kini, sebanyak 32 orang telah disambar buaya di Sarawak. Jumlah tersebut merupakan jumlah tertinggi kes pada tahun 2021, diikuti 2020, 2018, 2022, 2023, dan 2019.
Penemuan mayat Fakhrul merupakan kejadian yang menyedihkan dan menyebabkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di kawasan sungai di Sarawak.
Sumber : Berita Harian
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini