Bekalan Air di UMS: Pelajar Dalam Kesusahan, Penyelesaian Menanti


KOTA KINABALU: Penghuni dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta komuniti sekitarnya dijangka lega dengan penyelesaian masalah bekalan air yang sekian lama menjadi isu. Ini berikutan proses kerja paip utama yang sedang dijalankan untuk membawa air tambahan dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran.

Datuk Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah, mengesahkan bahawa kontraktor telah diberi arahan untuk mempercepatkan kerja-kerja ini sebelum akhir Januari. Beliau memastikan penyiapan kerja paip utama itu dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan bekalan air di UMS dan sekitarnya. Terutama setelah LRA Telibong 2 Fasa 2 (T2P2) beroperasi sejak awal Disember.

bekalan air
Dr. Zambry sempat singgah menyantuni demonstrasi aman mahasiswa berkenaan dengan krisis air di UMS.

Kapasiti Tambahan Hingga 30 Juta Liter Sehari

“Saya yakin isu kekurangan bekalan air akan teratasi dengan penyiapan LRA T2P2 yang mula beroperasi pada awal Disember lalu. Namun, beberapa kerja paip utama masih perlu diselesaikan agar air tambahan dari LRA T2P2 dapat disalurkan ke rangkaian paip pengagihan,” ujarnya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menjelaskan bahawa penyiapan LRA T2P2, dengan kapasiti tambahan hingga 30 juta liter sehari. Hal ini bertujuan untuk menangani kekurangan bekalan air di kawasan utara Kota Kinabalu termasuk Parlimen Sepanggar, UMS, dan sebahagian kawasan di daerah Tuaran.

Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang menyebabkan masalah bekalan air selain penyelesaian infrastruktur. Perkara ini juga melibatkan kecurian air melalui penyambungan haram dan vandalisme terhadap sistem paip milik Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Sementara itu, catatan JANS menunjukkan bahawa UMS hanya menerima bekalan 2.7 juta liter sehari. Namun, keperluan kampus yang dianggarkan sekitar 2.98 juta liter sehari. Untuk menangani masalah ini, JANS menghantar air menggunakan lori tangki ke kampus tersebut.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Demonstrasi Aman Yang Dilakukan

Bantuan kewangan sebanyak RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu juga telah diberikan kepada UMS. Walau bagaimanapun, kesan pelaksanaannya masih menjadi tanda tanya dalam menangani isu bekalan air di universiti tersebut.

Demonstrasi aman yang dilakukan oleh beberapa penuntut UMS semalam sempena lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkaitan dengan masalah bekalan air yang dihadapi, telah mendapat perhatian Perdana Menteri hari ini. Beliau meminta laporan terperinci selepas memberi kelulusan peruntukan RM3 juta kepada UMS pada Mei tahun lalu bagi menyelesaikan isu ini.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *