TAWAU – Hari ini, penganut Hindu merayakan perayaan Thaipusam dalam suasana meriah dan penuh harmoni di seluruh negara. Kemeriahan sambutan ini khas terasa di Kuil Sri Thirumurugan Jalan Utara di sini.
Upacara di kuil itu diadakan sempena perayaan Thaipusam, yang diraikan pada bulan Thai, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil. Thaipusam adalah hari di mana penganut Hindu memperingati Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya, Dewa Murugan. Peristiwa ini bertujuan untuk menghapuskan kuasa jahat Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Encik Joseph Pang, Datuk Najib Tay Abdullah (Bendahari PGRS Bahagian Apas), mewakili Datuk Hj Nizam, ADUN Apas, dan Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Bin Piuh, turut memeriahkan upacara tersebut.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini