Perkasa Ilmu dan Kebajikan Agama Islam Buat Saudara Baru


TAWAU – Persatuan Mualaf Tawau menganjurkan Kursus Pemantapan Saudara Baru yang mencapai kejayaan yang memberangsangkan dengan kehadiran 150 peserta aktif. Program ini memberi manfaat yang besar kepada peserta, khususnya dalam memahami fungsi serta peranan sebagai seorang saudara baru dalam Islam.

Kejayaan program ini turut dibantu oleh kerjasama antara Majlis Ugama Islam dan Baitulmal, serta Badan Dakwah Tawau. Hal ini membuktikan kerjasama yang erat dalam usaha menjayakan program yang bermakna ini. Dalam temuramah bersama Datuk Nizam Hj Abu Bakar Titingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) APAS, beliau mengharapkan program ini dapat memberi nilai tambah dalam pengajian keagamaan terutamanya berkaitan dengan agama Islam.

saudara baru

Salah satu kelebihan program ini adalah memberi ruang untuk peserta berinteraksi dengan penceramah jemputan. Selain itu dapat menyediakan peluang untuk memperluaskan ilmu pengetahuan mereka. Namun begitu, kejayaan program ini juga memerlukan sokongan daripada NGO dan pertubuhan yang terlibat untuk menyusun gerak kerja yang lebih teratur, khususnya dalam mendekati saudara baru.

saudara baru

Keberhasilan program latihan semacam ini dipercayai dapat membentuk masyarakat yang berkualiti serta berdaya maju. Ia juga menjadi acara yang pertama kali diadakan di daerah Tawau oleh Persatuan Mualaf. Program ini merupakan satu usaha memperluas ilmu keagamaan dalam komuniti tempatan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Selain memberi sokongan kepada peserta agar tidak mudah berputus asa dalam mendalami ilmu agama, Datuk Nizam turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5000 kepada Persatuan Mualaf Tawau untuk menyokong kelas fardhu ain dan pembelajaran Al-Quran, semakin memperkasakan ilmu pengetahuan para saudara baru.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *