Peruntukan RM3 Juta untuk Air: Pengurusannya dan Kontroversi di UMS


KOTA KINABALU: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memberikan taklimat mengenai projek penggalian telaga tiub. Projek ini sedang dijalankan di kampus universiti tersebut. Projek ini dibiayai dengan peruntukan 3 juta ringgit malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu. Tujuannya adalah untuk membantu UMS mengatasi masalah kekurangan bekalan air di kampus.

Taklimat mengenai projek ini akan disampaikan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di Bilik Pustaka Mini, Kolej Kediaman Tun Pangiran Ahmad Raffae pada Sabtu.

peruntukan 3 juta UMS
Gambar : Berita Harian

Enam telaga tiub sedang dibina di kampus

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri meminta penjelasan berkaitan peruntukan ini. Hal ini berlaku selepas mendengar berita tentang tindakan pelajar UMS yang menyambut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan mengadakan demonstrasi. Demonstrasi yang dilakukan adalah berhubung isu air pada Isnin lalu.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor, mengatakan bahawa enam telaga tiub sedang dibina di kampus sebagai sumber alternatif. Telega ini dibina untuk meningkatkan bekalan air di kolej kediaman pelajar. Projek ini termasuk sistem pembinaan paip untuk telaga tiub. Satu daripada 5 telaga sudah siap, dan lima lagi dijangka siap pada Mac depan.

Prof Kasim memberi jaminan bahawa peruntukan 3 juta yang diterima oleh UMS diurus oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan bukan oleh UMS sendiri. Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menegaskan bahawa peruntukan ini tertakluk kepada kaedah perolehan kerajaan di bawah ICU Sabah dan bukan oleh UMS.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Terpaksa menghadapi kesusahan seperti tidak mandi berhari-hari

Beliau turut menegaskan bahawa pembinaan telaga tiub di UMS bertujuan mengurangkan gangguan. Pembinaan ini bukan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air di kampus universiti tersebut. Masalah bekalan air di UMS, terutamanya di kolej kediamannya, telah menjadi isu kritikal. Beberapa pelajar ditemui mengakui bahawa mereka terpaksa menghadapi kesusahan seperti tidak mandi berhari-hari.

Masalah ini disebabkan oleh kekurangan bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong di Tuaran. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri menjangkakan masalah ini dapat diatasi sebelum akhir bulan ini. Mencuri air oleh penghuni setinggan juga turut menyumbang kepada masalah ini. Koloni setinggan yang besar di kawasan Sepanggar telah didakwa mencuri air secara besar-besaran.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *