Menjaga Kelestarian Alam: Program I-hijau MPT 3.0 Di Sambut Baik


TAWAU – Dalam usaha untuk melibatkan masyarakat tempatan dalam kelestarian alam, Datuk Andi Muhammad Suryandy Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu dan Ahli Parlimen Kalabakan, telah bersama-sama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melancarkan Program Komuniti MPT 3.0, lebih dikenali sebagai Aspirasi I-hijau.

Program Aspirasi I-Hijau MPT ini bertujuan memberikan kesedaran dan penekanan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam dalam kehidupan harian. Matlamat utama adalah untuk menggalakkan amalan kelestarian dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.

kelestarian alam

Dalam temuramah, Datuk Andy menekankan langkah proaktif Kementerian dalam menyebarkan kesedaran. Beliau menyuarakan pentingnya memahami dan mengamalkan kelestarian dalam setiap aspek kehidupan seharian, terutama dalam konteks pemanasan global yang semakin meruncing.

Dalam menghadapi cabaran pemanasan global, Datuk Andy memberikan penekanan kepada langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh masyarakat. Ini termasuklah amalan-amalan seperti mengurangkan pembakaran sampah terbuka dan memastikan pembuangan sampah terkawal.

Datuk Andy membincangkan impak program ini dalam memberikan sumbangan positif kepada isu pemanasan global. Program ini tidak hanya memberikan kesedaran, tetapi turut memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Antara pengisian program ini adalah kempen menanam sepuluh pokok di Taman Awam Muhibbah. Program ini menyumbang kepada kehijauan tempatan dengan matlamat jangka panjang untuk menanam sejuta pokok di seluruh Malaysia.

Dalam usaha mengurangkan pencemaran tasik di Taman Awam Muhibbah, satu sesi penerangan diadakan mengenai mudball. Kaedah inovatif ini bertujuan mengurangkan pencemaran air dan mendukung kehidupan akuatik di tasik tersebut.

Sunber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *