Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau Dijangka Mula Dibina Tahun Ini


TAWAU – Tawau, yang dikenali dengan aktiviti budaya yang unik seperti Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Perkara ini dianggap sebagai tempat yang ideal untuk menempatkan Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Ini bukan sahaja akan menyerlahkan warisan kebudayaan tempatan, tetapi juga melengkapkan persiapan Tawau sebagai bandar yang strategik berdekatan dengan Kalimantan, Indonesia.

Terdahulu, sebuah berita gembira telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada tahun 2022 dengan kelulusan untuk membina Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau pada tahun ini. Keputusan ini merangkumi cadangan membina Tawau International Cultural Centre (TICC), sebuah pusat kebudayaan yang akan menjadi mercu tanda penting di Malaysia Timur.

pusat kebudayaan

Dalam temu ramah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Apas, menyatakan bahawa proses pembinaan dijangka akan bermula pada tahun ini. Beliau juga menyatakan harapannya bahawa pusat ini akan memberikan imej yang menarik kepada daerah Tawau. Seterusnya menarik lebih banyak pelancong untuk melawat daerah tersebut.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam majlis yang sama, Datuk Nizam ditemui semasa Majlis Penyerahan Kepala Singa. Ini adalah sebahagian daripada tradisi memberikan sumbangan kepada masyarakat Cina, dan merupakan ungkapan penghargaan kepada kepelbagaian budaya di Sabah.

pusat kebudayaan

Masyarakat Tawau mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah atas sumbangan ini. Datuk Nizam berharap agar masyarakat Cina dapat terus bersatu padu. Sumbangan berjumlah RM1.5 juta untuk kepala singa di seluruh Sabah, termasuk 30 kepala singa untuk Tawau. Hal ini membuktikan komitmen Kerajaan Sabah dalam mewujudkan hubungan yang harmoni di kalangan pelbagai komuniti di negeri ini. Dengan projek Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang akan datang, Tawau pastinya akan terus bersinar sebagai destinasi budaya yang menarik dan unik di Malaysia Timur.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *