TAWAU – Malam Simfoni Rakyat Tawau muncul sebagai platform unik yang menggabungkan hiburan dengan penyampaian maklumat kerajaan secara langsung. Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada masyarakat, tetapi juga menyampaikan perkembangan terkini dalam usaha memperkasakan rakyat.
Pentadbiran kerajaan semakin merapatkan jurang digital melalui pelbagai inisiatif. Salah satunya adalah melalui Pengkalan Data Utama (PADU), sebuah sistem yang memainkan peranan penting dalam mengumpul dan mengemaskini maklumat penting. Penduduk Tawau dijemput untuk mengemaskini maklumat mereka melalui Pejabat Operasi di Wisma Persekutuan atau kaunter fizikal Jabatan Perangkaan di sekitar daerah ini.
Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Tawau di Wisma Persekutuan adalah destinasi utama untuk mengemaskini maklumat dalam sistem PADU. Ia terbuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada usaha pendigitalan ini.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini